Tuesday, February 23, 2010

Kerusi

Sinopsis

Srisegala duduk di atas kerusi. Dia memberitahu Tuta I, Tuta II, Tuta III, dan Wira I tentang nikmat sebuah kerusi dan sebuah gong, iaitu memberikan keadilan yang ertinya meluaskan jurang pandangan orang yang buta dengan orang yang celik, kemakmuran yang ertinya kerbau dan lembu yang sihat dan kurus kekenyangan di tengah padang rumput yang terbakar, kedamaian yang ertinya tembak-menembak tanpa mengeluarkan bunyi, kejujuran yang ertinya mengambil daripada yang tiada. dan belas kasihan yang ertinya meletaknya timun di bawah dan durian di atas. Wira I menyatakan bahawa konsep Srisegala itu telah menyebabkan sungi mengalir ke hulu dan hujan mencurah ke langit. Wira II dan Wira III pula menyatakan bakawa bunyi gong merupakan perintah dan kadangkala hukuman. Wira I pula mempersoalkan tempoh keadaan itu akan berteruan. Tuta memukul gendang menyebabkan wira-wira ketakutan. Putra dantang untuk berbicara dengan Srisegala tentang kemanusiaan. Putra menyatakan bakawa selama Srisegala berkuasa, hanya segelintir manusia yang dapat mancapai kedudukan yang tinggi. Putra mahu Srisegala teurun dari takhta. Tuta-tuta menyerang Putra. Putra diserkap dengan jaring. Masayu mencari Putra. Dia meminta suaminya debebaskan. Putra dibebaskan tetapi matanya telah buta. Masayu menyatakan bahawa dia tidak kenal akan Putra. Srosegala menyarankan Putra mencitai kuasa dan kedudukan (kerusi dan gong). Tetapi Putra menyatakan bahawa dia tadak mahu akan betapa nikmatnya duduk di kerusi kerana dia hanya duduk di lantai. Setelah wira-wira bebas, mereka meminta pendapat Putra. Putra menyatakan bahawa kebanyakan orang hanya menjadi pak turut dan bermimpi. Wira III mahu menghapuskan Srisegala. Putra memintanya bersabar dan mengingatkannya bahawa ketewasan dalam perjuangan secara bersendirian menentang Srisegala perlu dijadikan pengajaran. Putra menambah bahawa dengan ribut dan banjir yang melimpah, segalanya akan berubah. Kemudian, Wira I, Wira II, dan Wira III menewaska Tuta I, Tuta II, dan Tuta III. Srisegala dan Tuta Utama melarikan diri.

Pemikiran

Penyalahgunaan kuasa pemimpin yang tamak
  • Pemikiran ini dijelamakan dalam watak Srisegala yang tamak kuasa dengan menindas rakyat demi kepentingan diri sendiri dan konco-konconya. Demi melaksanakan matlamatnya, Srisegala membuat takrif sendiri bagi maksud keadlian, kemakmuran, dan kejujuran tanpa mempedulikan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat.
Persoalan
  • Kezaliman dan penindasan - Pemimpin yang gila kuasa sanggup melakukan apa sahaja bentuk kezaliman dan penindasan demi mengekalkan kuasa dan kedudukannya.
  • Penyelewangan dan ketidakjujuran - Apabila kuasa disalah guna akan berlakulah penyelewengan dalam pentadbiran. Setiap kerja yang dibuat bukan berasaskan tanggungjawab tetapi berdasarkan ganjaran dan keuntungan diri yang akan diperoleh.
  • Kebangkitan dan kesedaran rakyat - Penindasan dan kezaliman tidak akan bertahan lama apabila rakyat mula sedar akan hak mereka yang terhakis dan dirampas. Kemarahan yang membuak akan membangkitkan penentangan yang boleh membawa kejatuhan pemimpin.
Watak dan Perwatakan

1. Watak Utama

Srisegala merupakan watak hitam seorang pemimpin yang rakus kuasa. Dia memilki kerusi nukmat dan gong hikmat.

Perwatakan
  • Tidak berperikemanusiaan - Srisegala tidak memilki sifat belas kasihan terhadap sesiapapun. Dia akan bertindak ganas terhadap musuhnya.
  • Mementingkan diri sendiri - Srisegala mengumpul kemewahan dan mengukuhkan kuasa tapa memperhitungkan penderitaan rakyatnya.
  • Sombong - Srisegala tidak mempendulikan rayuan Masayu supaya suaminya, Putra dibebeaskan. Malah dengan angkuh dia mempermainkan Putra yang telah buta dan lemah.
2. Watak Sampingan

Putra ialah pencabar kuasa Srisegala dan suami kepada Masayu.

Perwatakan
  • Berani - Putra mencabar untuk menentang Srisegala demi menegakkan keadilan. Tetapi keberanian Putra belum mampu menjatuhkan Srisegala. Malah dia sendiri terperangkap dalam tipu helah Srisegala.
  • Penyayang - Putra suami Masayu yang penyayang. Dia berusaha untuk mendapatkan semuka Masayu daripada cengkaman Srisegala.
  • Bijak dan tenang hati - Kebijaksanaan Putra diakui oleh Srisegala kerana dalam keadaan buta, gerak hatinya mengetahui di mana isterinya berada dan pembohongan Srisegala.
Masayu ialah isteri kepada Putra.

Perwatakan
  • Penyayang - Kerana sayang kepada suaminya dia mencari Putra dan merayu simpati Srisegala supaya mebebaskan suaminya.
  • Sanggup berkorban - Masayu sanggup menerima syarat Srisegala demi menyelamatkan suaminya.
  • Mudah ditipu - Kerana percaya kepada helah Srisegal, Masayu menjadi mangsa sehingga tidak mengenali suaminya.
Latar

Latar tempat
  • Tidak menyatakan latar tempat yang khusus.
Latar Masa
  • Tidak menyatakan latar masa yang khusus
Latar Masyarakat
  • Golongan pemimpin - Pemimpin yang rakus kuasa dan mengumpul kemewahan tanpa mempendulikan kesukaran rakyat.
  • Konco-konco pemimpin - Golongan yang mementingkan diri sendiri yang hanya bermuka-muka
  • Masyarakat tertindas - Golongan rakyat biasa yang dizalimi. Mereka mela sedar dan mahukan perubahan dan keadilan.
Nilai
  • Kasih Sayang - Demi kasih sayang kepada suami, Masayu sanggup berkorban menyelamatkan Putra.
  • Keadilan - Keadilan tidak akan wujud selagi kezaliman bermaharajelela.
  • Kesabaran/Keberanian - Kesabaran ada batasnya. Apabila sering tertindas dan dizalimi, kesabaran akan menjadi keazaman dan keberanian untuk menuntut keadilan.
Pengajaran
  • Bersatu akan menghasilkan kejayaan - Gabungan tenaga dan semangat Wira dan Putra akhirnya berjaya melemahkan Srisegala.
  • Waspada dengan helah dan muslihat musuh - Kerana tidak berhati-hati Masayu kecundang dan diperdayakan oleh Srisegala
  • Kebijaksanaan merancang - Setiap kerja yang akan dibuat perlu dirancang supaya membuahkan hasil yang baik.











Jangan Bunuh Rama-rama

Sinopsis

Watak utama, iaitu Nua Atma I dan Nur Atma II telah lama berjalan sehingga menemui pelbagai kisah.
Cerita pertama mengisahkan badut yang suatu masa dahulu merupakan raja yang hidup bagai di syurga. Kegemaran raja adalah mencari rama-rama. Suatu hari, permaisuri meminta raja mencari rama-rama. Dalam usaha mengejar seekor rama-rama yang sangat cantik, raka telah luka di tangan, kaki, dan mukanya. Tiba-tiba raja tergelincir lalu jatuh ke dalam sebuah telaga yang panas. Raja menjerit-jerit. Rama-rama tadi datang lalu mengipas-ngipas raja sehingga air yang panas menjadi sejuk dan nyaman. Tetapi, warna-warna indah pada rama-rama telah mengenai muka raja sehingga mukanya menjadi seperti badut yang menggelikan hati. Cerita kedua mengisahkan seorang askar yang membawa tawanan tetapi kemudian mereka bertukar pakaian lalu tawanan menjadi askar dan askar menjadi tawanan. Cerita ketiga tantang Wak Keletung yang hendak menembak orang yang dahulunya menjadi makmumnya tetapi kini menjadi imam pula. Kemudian, Wak Keletung bercerita tentang Mek Bongsu yang asalnya anak peladang telah diperisteri oleh Saudagar Syah Alam lalu tinggal di dalam mahligai dan hidup mewah. Tetapi akhirnya Mek Bongsu berasa boson lalu manjadi rakyat biasa semula. Cerita keempat menampilkan Perempuan Buta dan Orang Bertapa. Orang bertapa mengekori langkah Perempuan Buta. Tiba-tiba muncul perempuan cantik lalu Orang Bertapa mengikut perempuan cantik itu. Orang bertapa diusik oleh orang lain sehingga kedua-dua perempuan itu hilang daripada pandangannya. Cerita kelima mengisahkan Bidan Tuk Mah yang dulunya bername Emas Asa Puteri Shahrul Karimah terpikat akan pemuda yang berlakon sebagai Peran dalam suatu persembahan. Dia ingin mengikuti rombongan Peran tetapi dilarang oleh ibu dan bapanya. Dia berdegil lalu mengikut rombongan Peran. Suatu malam, mereka membuat persembahan di hadapan penonton yang buta di sebuah kampung. Peran begitu terharu dan mencuba menolong mereka. Tiba-tiba ribut melanda kampung itu. Selepas ribut reda, penduduk kampung yang buta telah dapat melihat tetapi Peran telah hilang. Tuk Mah menangisi kehilangan Peran. Selang tiga hari, Tuk Mah bermimpi bertemu dengan Peran. Selepas itu, Tuk Mah menjadi bidan dan dapat mengubat orang sakit.


Pemikiran

Keagamaan dan kesucian jiwa

  • Dalam diri manusia terdapat dua wajah iaitu kebaikan dan keburukan. Dengan kesucian hati dan keagamaan seseorang itu dapat mengenal dan membezakan antara kebaikan dan keburukan ini. Nafsu hanya dapat dikawal melalui keimanan dan ketakwaan kepada Tuhan.

Persoalan

  • Ketamakan menusua sehingga sanggup menzalimi makhluk yang lemah.
Manusia tadak pernah cukup dengan apa yang ada. Raja yang hidup serba mewah masih sanggup keluar memburu rama-rama yang kecil kerana ingin memilki kecantikan rama-rama tersebut. Ini adalah aalah gambaran hati manusia yang tamak dan iri hati terhadap kelebihan orang lain.
  • Keluhuran budi dan hati
Kerakusan manusia sering tumpas oleh keluhuran hati dan budi. Raja yang ingin membunuh rama-rama akhirnya terperangkap oleh kezalimannya. Dalam situasi yang cemas, yang datang membantu ialah rama-rama kecil. Peristiwa ini membawa persoalan budi dan keikhlasan hati dapat melunturkan kezaliman.
  • Keimanan dan ketakwaan
Tanpa infan manusia akan hanyut dalam arus kehidupannya. Tetapi ketakwan dan keimanan tidak mudah dicari selagi nafsu menguasai diri. Untuk mencapai ketakwaan dan keimanan, hati perlu dibersihkan terlebih dahulu.
  • Ketenangan jiwa bukan terletak kepada harta dan kemewahan
Jiwa yang kaya ialah jiwa yang sentiasa berfikir untuk memberi manfaat kepada orang lain. Kemewahan dan kuasa belum tentu membahagiakan seseorang. Inilah yang dialami oleh Emas Asa Puteri Shahrul Karamah. Dia meninggalkan istana dan kemewahan demi memberi ketenangan jiwa yang sebenar.

Watak Dan Perwatakan


1. Watak Utama


RAJA / BADUT
ialah seseorang raja/tukang lawak yang gemar memburu. Raja/Badut mempunyai seorang permaisuri.

Perwatakan

  • Penyayang - Sifat penyayang dilihat melalui kesanggupan menunaikan permintaan permaisuri.
  • Menginsafi kesalahan diri - Setelah ditolong oleh rama-rama ketika dia jatuh di kolam air panas, Raja mula insafkan sikap buruknya memburu rama-rama sebelum ini.
2. Watak Sampingan

Permaisuri ialah isteri Raja dan merupakan seorang wanita yang cantik.

Perwatakan
  • Mementingkan diri sendiri - Dia mahu raja mencari rama-rama idamannya seorang diri. Dia tidak penduli akan keselamatan diri suaminya ketika berburu.
  • Suka menunjuk-nunjuk kelebihan diri - Dia mahu rama-rama cantik mengisi kepuasan diri dan supaya dirinya tambah cantik dan berseri daripada perempuan lain.
  • Keras hati - Permaisuri tetap mahu apa sahaja yang diingininya. Dia juga berkeras supaya tugas memburu rama-rama itu dilakukan oleh Raja.
Bidan Tuk Mah ialah anah seorang raja. Nama sebenarnya ialah Emas Asa Puteri Shahrul Karamah.

Perwatakan
  • Tidak mementingkan status - Tuk Mah sanggup meniggalkan keluarga, kedudukan sebagai puteri raja demi Peran yang budiman
  • Tabah - Kehidupan yang susah bersama Peran manjadikan Bidan Tuk Mah seorang yang tabah.
  • Baik hati - Sebagai bidan, Tuk Mah akan membantu siapa sahaja yang memerlukan khidmat.
Latar


Latar tempat

  • Drama ini tidak merujuk latar tempat yang jelas sesuatu peritiwa itu berlaku.
Latar masa
  • Drama ini juga tidak menetapkan latar masa yang jelas.
Latar masyarakat

  • Masyarakat istana - Watak-watak Raja, Permaisuri dan Emas Asa Puteri Shahrul Karimah adalah golongan istana yang melambangkan status dan kemewahan.
  • Golongan penghibur - Watak wak keletung ialah tukang cerita yang menghivurkan orang ramai.
  • Golongan manusia biasa yang mempuyai fungsi masing-masing untuk mentadbir dunia ini - Orang bertapa, askar, dan Jurangan adalah manusia biasa yang berfungsi mengikut peranan masing-masing sebagai khahlifah di bumi Allah ini.

Nilai
  • Keluhuran budi - Budi luhur dikenang seumur hidup. Ia juga dapat melembangkan hati yang keras. Rama-rama kecil menyelamatkan Raja walaupun Raja cuba membunuhnya. Budi rama-rama akhirnya menjadikan raja berubah sikap.
  • Berani - Puteri Emas Asa Shahrul Kerimah berani membuat keputusan meninggalkan istana walaupun dia sedar kesan yang akan diterima jika dia mengikut Peran.
  • Keinsafan - Raja yang suka membunuh rama-rama akhirnya insaf setelah mengalami peritiwa buruk ketika dia terperangkap di dalam air panas. Tanpa pertolongan rama-rama mungkin dia akan mati.
Pengajaran
  • Kebijaksanaan menggunakan akal - Ketika terperangkap dalam bahaya atau permasalahan kita perlu bijak dan berhati-hati supaya tidak timbul masalah yang lebih teruk.
  • Tidak mudah berputus asa - Setiap usaha pasti akan membuahkan hasil. Jangan berputus asa jika gagal, herana kegagalan itu adalah pengajaran paling berguna.
  • Sayang-menyayangi sesama makhluk - Setiap makhluk mempunyai fungsi dan peranan masing-masing. Manusia jangan menganiaya binatang, walaupun seekor rama-rama kecil.

Serunai Malam

Sinopsis

Safiah resah menanti kedatangan tunangnya, Umar kerana masanya telah lewat daripada yang dijanjikan. Umar lewat kerana sibuk dengan persiapan konvokesyen. Ibu bapa Umar juga akan ke rumah Safiah sebelum menghadiri majlis konvoksyen. Di rumah Safiah, perbualan antara Umar dengan Safiah mengjadi percanggahan pendapat apabila Umar menyatakan hasrat ingin mengjadi guru manakala Safiah mahu Umar memasuki
MSC atau Foreign Service kerana berharap dapat tinggal di luar negara. Pak Majid (bapa Umar) sampai dengan membawa buah tangan dari kanpung. Dia memberitahu ibu Safiah bajawa isterinya tidak dapat datang kerana ada majlis potong jambul di kampung. Dia kurang senang melihat Safiah memakai seluar ketat yang dianggapnya kurang sesuai. Semasa menyambung perbualannya dengan Safiah, Umar menyatakan sebab-sebab dia ingin menjadi guru. Umar juga mengingatkan Safiah tentang janji mereka di Selat Teberau dahulu dan lagu "Serunai Malam". Safiah akhirnya akur akan keputusan Umar.

Pemikiran

  • Perbezaan pandangan dan cara hidup masyarakat desa dengan masyarakat kota - Umar dari desa, anak petani, serta suka makn tempoyak dan petai ingin menjadi guru untuk berkhidmat kepada anak bangsa manakala Safiah gadis kaota, memakai jeans, tidak suka tempoyak dan petai, serta suka akan kesenangan dan kemewahan.
Persoalan
  • Semangat patriotisme - Umar ingin menjadi guru untuk berbakti kepada anak bangsa dan negaranya.
  • Jurang perbezaan antara generasi - ayah Umar kurang senang dengan cara Safiah berpakaian , iaitu berseluar jeans yang pada pendapatnya seperti sarung nangka sedangkan Umar dan Safiah berpendapat bahawa pakaian itu tidak menjadi masalah.
  • Anggapan bahawa lur negara lebih baik daripada negara sendiri- Safiah mengharapkan Umar menyertai Foreign Servive atau MCS supaya dapat bekerja dan tinggal di luar negara.
Watak dan Perwatakan

Umar
  • anak Majid dan Minah
  • tunang safiah
  • berasal dari kampung dan miskin
  • bijak, graduan universiti yang baru menerima ijazah
  • bersemangat patrotik
  • pandai memujuk
  • tegas
Safiah
  • ayahnya pegawai kerajaan di Kementerian Pelajaran dan ibunya bernama Limah
  • tunang Umar
  • mengamalkan cara hidup moden
  • keanah-anakan
Latar

Latar Tempat
  • ruang tamu di rumah pegawai tinggi kerajaan, iaitu rumah Safiah
Latar Masa
  • dari pagi hingga tengah hari
  • hari konvokesyen
Latar Masyarakat
  • masyarakat bandar dan kampung yang berbangsa Melayu dan beragama Islam
  • masyarakat bandar - bekerja makan gaji, mengharapkan orang gaji untuk membuat karja rumah, mengamalkan cara hidup moden tetapi masih menghormati tetamu dan rumah mesra.
  • masyarakat kampung - bekerja sendiri dengan mengusahakan kebun, mementingkan ajaran agama, masih mengamalkan cara hidup kampung dan pemikiran lama.
  • masyarakat universiti - sibuk dengan persiapan konvokesyen, bijak memberikan pandangan, tegas pendirian, gigih mengejar ilmu pengetahuan.

Nilai

  • kasih sayang - demi kasih sayangnya kepad aUmar, Safiah menerma keputusan Umar untuk menjadi guru.
  • hormat-menghormati - ibu Safiah menyambut kedatangan Umar dan ayahnya dengan baik dan mesra.
  • patriotisme - Umar yang baru sahaja menamatkan pengajiannya di universiti bercita-cita hendak menjadi guru untuk mencurahkan baktinya kepada bangsa dan negaranya sehingga sanggup bertugas di pedalaman.
  • bantu-membantu - ibu Umar menolong saudaranya dalam majlis potong jambul anak buahnya.

Pengajaran

  • Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan yang dicita-citakan.
  • Kita hendaklah berbincang dan bertolak ansur agar dapat mencapai keputusan bersama.
  • Kita hendaklah menjaga adab seperti tingkah laku dan pakaian apabila berhadapan dengan tetamu.
  • Kita hendaklah menghormati hasrat dan cita-cita orang lain.
  • Kita harus sanggup berkorban demi membangunkan bangsa dan negara.