Srisegala duduk di atas kerusi. Dia memberitahu Tuta I, Tuta II, Tuta III, dan Wira I tentang nikmat sebuah kerusi dan sebuah gong, iaitu memberikan keadilan yang ertinya meluaskan jurang pandangan orang yang buta dengan orang yang celik, kemakmuran yang ertinya kerbau dan lembu yang sihat dan kurus kekenyangan di tengah padang rumput yang terbakar, kedamaian yang ertinya tembak-menembak tanpa mengeluarkan bunyi, kejujuran yang ertinya mengambil daripada yang tiada. dan belas kasihan yang ertinya meletaknya timun di bawah dan durian di atas. Wira I menyatakan bahawa konsep Srisegala itu telah menyebabkan sungi mengalir ke hulu dan hujan mencurah ke langit. Wira II dan Wira III pula menyatakan bakawa bunyi gong merupakan perintah dan kadangkala hukuman. Wira I pula mempersoalkan tempoh keadaan itu akan berteruan. Tuta memukul gendang menyebabkan wira-wira ketakutan. Putra dantang untuk berbicara dengan Srisegala tentang kemanusiaan. Putra menyatakan bakawa selama Srisegala berkuasa, hanya segelintir manusia yang dapat mancapai kedudukan yang tinggi. Putra mahu Srisegala teurun dari takhta. Tuta-tuta menyerang Putra. Putra diserkap dengan jaring. Masayu mencari Putra. Dia meminta suaminya debebaskan. Putra dibebaskan tetapi matanya telah buta. Masayu menyatakan bahawa dia tidak kenal akan Putra. Srosegala menyarankan Putra mencitai kuasa dan kedudukan (kerusi dan gong). Tetapi Putra menyatakan bahawa dia tadak mahu akan betapa nikmatnya duduk di kerusi kerana dia hanya duduk di lantai. Setelah wira-wira bebas, mereka meminta pendapat Putra. Putra menyatakan bahawa kebanyakan orang hanya menjadi pak turut dan bermimpi. Wira III mahu menghapuskan Srisegala. Putra memintanya bersabar dan mengingatkannya bahawa ketewasan dalam perjuangan secara bersendirian menentang Srisegala perlu dijadikan pengajaran. Putra menambah bahawa dengan ribut dan banjir yang melimpah, segalanya akan berubah. Kemudian, Wira I, Wira II, dan Wira III menewaska Tuta I, Tuta II, dan Tuta III. Srisegala dan Tuta Utama melarikan diri.
Pemikiran
Penyalahgunaan kuasa pemimpin yang tamak
- Pemikiran ini dijelamakan dalam watak Srisegala yang tamak kuasa dengan menindas rakyat demi kepentingan diri sendiri dan konco-konconya. Demi melaksanakan matlamatnya, Srisegala membuat takrif sendiri bagi maksud keadlian, kemakmuran, dan kejujuran tanpa mempedulikan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat.
- Kezaliman dan penindasan - Pemimpin yang gila kuasa sanggup melakukan apa sahaja bentuk kezaliman dan penindasan demi mengekalkan kuasa dan kedudukannya.
- Penyelewangan dan ketidakjujuran - Apabila kuasa disalah guna akan berlakulah penyelewengan dalam pentadbiran. Setiap kerja yang dibuat bukan berasaskan tanggungjawab tetapi berdasarkan ganjaran dan keuntungan diri yang akan diperoleh.
- Kebangkitan dan kesedaran rakyat - Penindasan dan kezaliman tidak akan bertahan lama apabila rakyat mula sedar akan hak mereka yang terhakis dan dirampas. Kemarahan yang membuak akan membangkitkan penentangan yang boleh membawa kejatuhan pemimpin.
1. Watak Utama
Srisegala merupakan watak hitam seorang pemimpin yang rakus kuasa. Dia memilki kerusi nukmat dan gong hikmat.
Perwatakan
- Tidak berperikemanusiaan - Srisegala tidak memilki sifat belas kasihan terhadap sesiapapun. Dia akan bertindak ganas terhadap musuhnya.
- Mementingkan diri sendiri - Srisegala mengumpul kemewahan dan mengukuhkan kuasa tapa memperhitungkan penderitaan rakyatnya.
- Sombong - Srisegala tidak mempendulikan rayuan Masayu supaya suaminya, Putra dibebeaskan. Malah dengan angkuh dia mempermainkan Putra yang telah buta dan lemah.
Putra ialah pencabar kuasa Srisegala dan suami kepada Masayu.
Perwatakan
- Berani - Putra mencabar untuk menentang Srisegala demi menegakkan keadilan. Tetapi keberanian Putra belum mampu menjatuhkan Srisegala. Malah dia sendiri terperangkap dalam tipu helah Srisegala.
- Penyayang - Putra suami Masayu yang penyayang. Dia berusaha untuk mendapatkan semuka Masayu daripada cengkaman Srisegala.
- Bijak dan tenang hati - Kebijaksanaan Putra diakui oleh Srisegala kerana dalam keadaan buta, gerak hatinya mengetahui di mana isterinya berada dan pembohongan Srisegala.
Perwatakan
- Penyayang - Kerana sayang kepada suaminya dia mencari Putra dan merayu simpati Srisegala supaya mebebaskan suaminya.
- Sanggup berkorban - Masayu sanggup menerima syarat Srisegala demi menyelamatkan suaminya.
- Mudah ditipu - Kerana percaya kepada helah Srisegal, Masayu menjadi mangsa sehingga tidak mengenali suaminya.
Latar tempat
- Tidak menyatakan latar tempat yang khusus.
- Tidak menyatakan latar masa yang khusus
- Golongan pemimpin - Pemimpin yang rakus kuasa dan mengumpul kemewahan tanpa mempendulikan kesukaran rakyat.
- Konco-konco pemimpin - Golongan yang mementingkan diri sendiri yang hanya bermuka-muka
- Masyarakat tertindas - Golongan rakyat biasa yang dizalimi. Mereka mela sedar dan mahukan perubahan dan keadilan.
- Kasih Sayang - Demi kasih sayang kepada suami, Masayu sanggup berkorban menyelamatkan Putra.
- Keadilan - Keadilan tidak akan wujud selagi kezaliman bermaharajelela.
- Kesabaran/Keberanian - Kesabaran ada batasnya. Apabila sering tertindas dan dizalimi, kesabaran akan menjadi keazaman dan keberanian untuk menuntut keadilan.
- Bersatu akan menghasilkan kejayaan - Gabungan tenaga dan semangat Wira dan Putra akhirnya berjaya melemahkan Srisegala.
- Waspada dengan helah dan muslihat musuh - Kerana tidak berhati-hati Masayu kecundang dan diperdayakan oleh Srisegala
- Kebijaksanaan merancang - Setiap kerja yang akan dibuat perlu dirancang supaya membuahkan hasil yang baik.
No comments:
Post a Comment