Tuesday, February 23, 2010

Serunai Malam

Sinopsis

Safiah resah menanti kedatangan tunangnya, Umar kerana masanya telah lewat daripada yang dijanjikan. Umar lewat kerana sibuk dengan persiapan konvokesyen. Ibu bapa Umar juga akan ke rumah Safiah sebelum menghadiri majlis konvoksyen. Di rumah Safiah, perbualan antara Umar dengan Safiah mengjadi percanggahan pendapat apabila Umar menyatakan hasrat ingin mengjadi guru manakala Safiah mahu Umar memasuki
MSC atau Foreign Service kerana berharap dapat tinggal di luar negara. Pak Majid (bapa Umar) sampai dengan membawa buah tangan dari kanpung. Dia memberitahu ibu Safiah bajawa isterinya tidak dapat datang kerana ada majlis potong jambul di kampung. Dia kurang senang melihat Safiah memakai seluar ketat yang dianggapnya kurang sesuai. Semasa menyambung perbualannya dengan Safiah, Umar menyatakan sebab-sebab dia ingin menjadi guru. Umar juga mengingatkan Safiah tentang janji mereka di Selat Teberau dahulu dan lagu "Serunai Malam". Safiah akhirnya akur akan keputusan Umar.

Pemikiran

  • Perbezaan pandangan dan cara hidup masyarakat desa dengan masyarakat kota - Umar dari desa, anak petani, serta suka makn tempoyak dan petai ingin menjadi guru untuk berkhidmat kepada anak bangsa manakala Safiah gadis kaota, memakai jeans, tidak suka tempoyak dan petai, serta suka akan kesenangan dan kemewahan.
Persoalan
  • Semangat patriotisme - Umar ingin menjadi guru untuk berbakti kepada anak bangsa dan negaranya.
  • Jurang perbezaan antara generasi - ayah Umar kurang senang dengan cara Safiah berpakaian , iaitu berseluar jeans yang pada pendapatnya seperti sarung nangka sedangkan Umar dan Safiah berpendapat bahawa pakaian itu tidak menjadi masalah.
  • Anggapan bahawa lur negara lebih baik daripada negara sendiri- Safiah mengharapkan Umar menyertai Foreign Servive atau MCS supaya dapat bekerja dan tinggal di luar negara.
Watak dan Perwatakan

Umar
  • anak Majid dan Minah
  • tunang safiah
  • berasal dari kampung dan miskin
  • bijak, graduan universiti yang baru menerima ijazah
  • bersemangat patrotik
  • pandai memujuk
  • tegas
Safiah
  • ayahnya pegawai kerajaan di Kementerian Pelajaran dan ibunya bernama Limah
  • tunang Umar
  • mengamalkan cara hidup moden
  • keanah-anakan
Latar

Latar Tempat
  • ruang tamu di rumah pegawai tinggi kerajaan, iaitu rumah Safiah
Latar Masa
  • dari pagi hingga tengah hari
  • hari konvokesyen
Latar Masyarakat
  • masyarakat bandar dan kampung yang berbangsa Melayu dan beragama Islam
  • masyarakat bandar - bekerja makan gaji, mengharapkan orang gaji untuk membuat karja rumah, mengamalkan cara hidup moden tetapi masih menghormati tetamu dan rumah mesra.
  • masyarakat kampung - bekerja sendiri dengan mengusahakan kebun, mementingkan ajaran agama, masih mengamalkan cara hidup kampung dan pemikiran lama.
  • masyarakat universiti - sibuk dengan persiapan konvokesyen, bijak memberikan pandangan, tegas pendirian, gigih mengejar ilmu pengetahuan.

Nilai

  • kasih sayang - demi kasih sayangnya kepad aUmar, Safiah menerma keputusan Umar untuk menjadi guru.
  • hormat-menghormati - ibu Safiah menyambut kedatangan Umar dan ayahnya dengan baik dan mesra.
  • patriotisme - Umar yang baru sahaja menamatkan pengajiannya di universiti bercita-cita hendak menjadi guru untuk mencurahkan baktinya kepada bangsa dan negaranya sehingga sanggup bertugas di pedalaman.
  • bantu-membantu - ibu Umar menolong saudaranya dalam majlis potong jambul anak buahnya.

Pengajaran

  • Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan yang dicita-citakan.
  • Kita hendaklah berbincang dan bertolak ansur agar dapat mencapai keputusan bersama.
  • Kita hendaklah menjaga adab seperti tingkah laku dan pakaian apabila berhadapan dengan tetamu.
  • Kita hendaklah menghormati hasrat dan cita-cita orang lain.
  • Kita harus sanggup berkorban demi membangunkan bangsa dan negara.


No comments:

Post a Comment